Thursday 21 February 2013

Pesen Pemalu

Malu nak tengok langit sebab langit bogel..

Malu nak tengok bulan sebab bulan pun bogel..

Malu nak tengok matahari sebab matahari bogel bercahaya..

Tengok bantal sajalah..bantal gua tak bogel.


Sunday 3 February 2013

GUA DAN BINTANG

5 bulan...setiap malam..di antara teluk mexico dan laut atlantik utara..gua tenung bintang di langit..gua paksa otak gua fikir apa yang dah gua belajar selama gua jadi pelaut ni..banyak..tapi sebanyak mana pun gua belajar,otak gua tetap memainkan gambaran2 berada di malaysia..huh..gua rindu kampung halaman...makanan halal..

gua rindu semayang jumaat..
gua rindu lepak sampai subuh..

haish bintang..nampaknya aku dengan kau je la di tengah gelora begini.

Wednesday 11 July 2012

futuristik

yang mahir berbahasa melayu..
sibuk berbahasa inggeris...

yang mahir berbahasa melayu..
sibuk dengan 'kitew','owang','diyew' nya..

aku menyampah..ya,cukup menyampah.
sumpah kalau m-16 di tanganku mati semua aku tembak.

Monday 25 June 2012

di sudut itu

setiap pagi..
usai sarapanku..
tanpa kegagalan..
ku gagahkan juga..
walau selewat mana pun..
walau sebanyak mana pun rintangan..

di sudut itu..
tempat aku rasai nikmat..
salah satu nikmat dunia yang ekstrem..
yang bukan semua manusia mampu nikmati..

di sudut itu..
banyak perkara aku rungkai..
banyak masalah aku cuba selesaikan..
hal dunia hal akhirat semua aku imbas..

di sudut itu..
aku menyahut seruan Ilahi..
aku separuh bogelkan tubuh ku..
aku duduk bercangkung sambil dongak ke atas..

sambil tangan memegang kretek..
tarik,hembus,teran..
tarik,hembus,teran..


p/s:maaf jikalau terkasar bahasa.:)

Wednesday 13 June 2012

kecaman terhadap perokok

Selalu juga aku terdengar,terbaca..
merokok merugikan saja..
dengan duit merokok tu kalau dikumpul..
boleh beli rumah..
boleh beli kereta ferrari..
boleh beli negara..
boleh buat masjid..
haish..semua yang negatif..


Ingin saja aku pekik..
ke telinga orang yang tutur begitu..
dah kalau kau semua pengecam
tak isap rokok
mana rumah kau?
mana kereta ferrari kau?
mana negara kau?
mana masjid kau?


Tanpa aku perokok tegar..
agak mustahil Malaysia
nak dapat keuntungan dalaman
berbillion billion..
kami isap sambil menyumbang juga..
tau kecam saja..sigh~

Sunday 10 June 2012

kalau la

kalau la
kalau la racism dibenarkan
kalau la babi boleh terbang
kalau la andy warhol melayu
kalau la julian casablancas anak muridku
kalau la sid bunuh nancy
kalau la liam gallagher ngam ngan noel gallagher
kalau la aku hidup di zaman Rasulullah S.A.W
kalau la dapat jadi pilot
kalau la tiada lagu murahan
kalau la

Wednesday 6 June 2012

impian

semua orang punya impian..
mahu berenang dari melaka ke london..
mahu kalahkan ultraman..
mahu ke bulan..
mahu jadi perdana menteri goyang kaki makan gaji..
mahu jadi diktator..
mahu lepak kedai kopi sampai mati..

aku..
aku tak mahu banyak..
aku cuma..
kalau mampu..
mahu sangkut belon helium atas kepala semua manusia..
supaya semua kepala terasa ringan..
tiada beban tiada masalah..
tiada celaru..

boleh ke?